-bumi merupakan planet ketiga daripada Matahari. Bumi terlah dijangkakan telah berusia selama 4,600juta tahun. Jarak Bumi dengan Matahari adalah 149,6juta kilometer. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindungi permukaan Bumi daripada Angin Suria,sinaran ultra yang merbahaya ,dan radiasi dari Angkasa lepas. Bumi mempunyai JISIM seberat59,760 jutajuta tan,dengan seluas pemukaan510km persegi.Graviti Bumi diukur sebangai 10Nkg. Bumi mempunyai satelit ASLI iaitu bulan. 70.8%permukaan Bumi diselimuti oleh air , 1% karbon dioksida ,21% oksigen,78%nitrgen.
Kerak Bumi lebeh nipis di dasar laut iaitu sekitar 5kilomiter. Keark Bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak memalui pergerakan theory hanyutan benna yang menghasilkan gempa bumi. Puncak yang tertinggi adalah Gunung Everest iaitu setinggi 8,845meter.Lautan yang terdalam ialah 10,924meter. Tasik yang terbesar adalah lautan Caspian dan yang tertinggi ialah Titacaca. Lautan terbesar adalah Lautan Pacific. Keseluruhan Bumi adalah:510,073km2, darat:148,94km2 , lautan:361,132juta km2 .
-pencemaran(:
.-Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia ,hingar , haba, cahaya dan tenaga ke alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehinggalah membahayakan kesihatan manusia. Ada banyak bentuk pencemaran.
Pencemaran UDARA - iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbon monokside, sulfur dioksida, klorofluorokarbon, nitroge dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
Pencemaran AIR - seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air.
Pencemaran BUNYI - yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri.
Pencemaran CAHAYA - yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan.
Pencemaran VISUAL - iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.
-Kesan Rumah Hijau
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.
KESAN -Rumah Hijau Global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal . Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Apabila paras air laut naik , orang-orang yang tinggal di tepi laut , rumah mereka akan ditenggelami oleh air laut.
PUNCA - Kesan Rumah Hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon yang merbahaya. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
KAEDAH MENGURANGKAN KESAN -untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah untuk melalui penjimatan tenaga. Jikalau KITA(manusia) dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .
-PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu Bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak dan orangorang yang tinggal di tepi pantai juga akan terjejas oleh paras laut yang terlalau tinggi itu . Malahan , rumah mereka juga boleh di banjiri oleh air laut .
:)hidayah(: